.::ayat-ayat cinta::.



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

-Surah Al-Imran ayat 200

Jumaat, Julai 03, 2009

pesan pada diri

wahai diri..
makan kena "on time",
kenapa sembahyang tak boleh "on time"?

wahai diri..
"calling" kekasih siang malam,
kenapa nak solat kejap pun rase macam nak demam?

wahai diri..
kalau boleh belanja kekasih hadiah mahal-mahal,
kenapa tak boleh hadiahkan seringgit dua ke masjid-masjid?

wahai diri..
kalau tau dosa pahala,
syurga itu nyaman..
neraka itu azab..
kenapa masih liat mahu beramal?

wahai diri..
mengadap laptop berjam-jam..
takkan mengadap Tuhan sedikit jam?

wahai diri..
sms kawan-kawan, kekasih sampai sanggup habis..
kenapa "calling" mak ayah macam tak sanggup nak berhabis?

wahai diri...
kenapa suka habiskan baca majalah tak tentu arah..
tapi susah nak baca al-Quran penunjuk arah?

wahai diri..
kamu punya segala-galanya..
kenapa sukar untuk mensyukuri segala?

wahai diri..
kamu selalu menerima (rezeki) segala dari-Nya..
bila masanya kamu mahu memberi?

wahai diri..
kenapa mudah kamu putus asa.
jika rahmat-Nya sering terhampar dihadapanmu?

wahai diri..
kenapa kamu bersikap lemah longlai..
sedangkan ujian yang diberikan ke atasmu adalah atas kesanggupanmu sendiri?

wahai diri..
kenapa kamu kecewa terhadap cinta manusia yang menyakitkan..
sedangkan cinta-Nya lagi mendamaikan?

wahai diri..
kenapa kamu mudah futur..
kamu insan terpilih..
yang dikasihi Allah..
dari berjuta sperma..
bersenyawalah ia dengan ovum,
dan terlahirlah kamu...
untuk menjaid khalifah..
untuk menjadi pemimpin..
bukan bahan bakar api neraka..
bukan meramaikan maksiat..
bukan untuk kuffar dan fasiq..
bukan untuk individualistik, materialistik..
apatah lagi eksploitasi..

tetapi..
untuk menegakkan Islam..DeenulHaq tercinta..

janganlah kerana cinta kamu lemah..
jangan kerana dugaan kamu pasrah..
sebaiknya kamu bangkit dari kegagalan dan tebuslah kekecewaan!!!

saya yang sentiasa koreksi diri..
an evening tuesday~

0 yang menyayangi (=:

.::Ukhuwah Itu Indah::.