.::ayat-ayat cinta::.



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

-Surah Al-Imran ayat 200

Ahad, Oktober 25, 2009

faiza azamta fatawakal ala`llah. (=

salam.

shoutbox ade masalah tak tau kenapa. malas pulak nak cek tengok. sbb masa pun makin suntuk utk nak repair apa2 yg patut. senang citer shoutbox tu saye removed. pd yg mahu comment, sila comment disini ye. saya dah buka untuk semua, yang xdek blog pun bole comment gak. klik kat name/url atau anonymous. tapi sila bgtau nama anda. supaya nama anda tersenarai dalam doa2 sy. smg Allah memberkati anda.

plus..

exam pun makin dekat.
doakan saya dan kawan2 berjaya yer.

terima kasih untuk semua dan segala2nya.
dan maaf jika ada salah dan silap.

hamba hina,
~najihahfaizahelhafz~

; wan, thanks 4 allowing me.
; kak yati, sorry, jhah x bukak ym.
; everybody, keep in touch, ya!
; friends on fb & fs, maafle jarang bukak.

"kubahagia kau selalu menemani kala hatiku...sunyi,,[istimewa tiada dua]" *terima kasih pada kamu, kamu dan kamu! ;DD*

Ahad, Oktober 18, 2009

kami kawan jer! betul! tak tipoo.


*gambar ni spatutnye bgerak. hadeh! tak bgerak pulak dah buh dalam nih.*

merah - couple
kuning - kawan
hijau - kawen!

Pertamanya, ini adalah satu perkongsian. Bukan untuk ditujukan kepada sesiapa pun, melainkan ditujukan untuk diri sendiri!


A mengeluh dengan tingkah laku suaminya. A menuduh B mula mengabaikan tangguungjawabnya sebagai suami. Menurut A, keadaan ini disedarinya apabila B mula 'main kayu tiga' dengan rakan sepejabatnya, C. “Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang B, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga saya.”

Namun apa pula jawapan B?
“A sudah melampau. Cemburu gila. Saya dan C cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. C mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…” Kata B, tenang.

T dan L juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. T dan L sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut T, L seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang “abang”. Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, T dan L dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. “Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……”

eh kami kawan jer! tak lebih dr tuh! betul!
tapi.....sapa tau dalam hati mcm mana?!

**************************************

Persahabatan : Apa itu persahabatan?

Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti A dengan C atau T dengan L yang menimbulkan gosip atau fitnah pada masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan. Pertama, untuk merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan idea, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.


Persahabatan Lelaki dan Perempuan

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan lelaki atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan perempuan sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengengan-angankan “kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.


Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah bermula menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat menurut (Rasulullah s.a.w.)

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatinah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku” kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?” tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau” jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa” sahaja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..! Ops. Nauzubillah!

Sudah berlanjur digosipkan

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.

Jangan terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya….” (An-Nur:31-32)

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Allahu`alam.

kangen mood. huk3.


Salam.
Dalam keletihan study dan menyiapkan assigment. *hehe. betoi. tak tipu* Saya tertido.
Tiba-tiba, saya mimpi satu-satunya tempat yang saya rindu selain rumah kediaman saya!
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar!
Saya nampak Ustaz Mat Zin dan ramai ustaz dan ustazah yang lain dalam dewan. Sedihnya!
Entah kenapa. Tanpa sedar, saya menangis?
Dan saya merasakan benar-benar rindukan tarbiah dan biah solehah yang saya kecapi disitu.
Saya rindukan iklim dinni disitu.
Saya rindukan betapa berlumba-lumbanya kami membuat kebaikan. Sungguh!
Saya rindukan mereka yang saya kenali disitu.
Saya rindukan segala-galanya kenangan disitu.
Saya rindukan diri saya disitu!
Saya rindukan mereka yang bersama saya menjadi sebahagian diri saya ketika itu!
Saya benar benar rindukan saat sama-sama menjadikan surau sebagai rumah kedua.
Dewan makan sebagai rumah ketiga, ketika malam.
Saat-saat mahu ditasmi` syafawi untuk (JUC).
Saat-saat manis melepak tepi pantai di Sg Miang untuk program kecemerlangan.
Saat-saat buat assigment untuk 3 kerja kursus.
Saat-saat ada pendapat yang mengatakan blok ni, blok tu berhantu. Haish! Setan la tu!
Saat tekanan ketika exam menjelma."Habislah kalau aku fail, kena kahwin! Tak Nak!"
Saat-saat menghadapi konflik bersama sahabat. Gaduh! Hehe.

"Ko langsir! Aku panggil ko wat dek jer."
"Alaa..ko tingkap! Wek!"

*tak bertegur untuk satu hari. lepas tu.

"weh ayam ko besar la. meh sini bg aku."
"nak amiklah. aku tak nak ayam besar2."

dah jadi baik semula! hehe. indahnye waktu tu!

*surau yg menjadi rumah kedua kami! *

"najihah, satu hari nanti, walaupun kite dah tak jumpa lagi. tapi hati kita tetap kat sekolah ni kan? bagi aku, tempat ni dah mengajar aku betapa
perlunya aku menghargai seseorang dalam hidup! kau tau kenapa? sbb selama setahun nih, mcm2 yg kita rasa dan alami. sedih, suka, gembira, dan paling aku
hargai adalah manisnya berukhuwah. bukan tu jer tau. aku akan rase rindu kat sekolah nih satu hari nanti, walaupun masa nih kite 'terseksa ' nak exam tak lama
lagi!" *Salah seorang sahabat pernah meluahkan. Sekarang,berada di Maahad Tahfiz Tanjong Lumpur, Kuantan.*

Kamu dan mereka adalah kenangan yang terindah dalam hidupku. (^_~)

Tajaan gambar : Dicuri dari FB Hazwan! Thanks and Sorry! hehe.. Happy Exam! =)



Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

[now is exam mode. maaf merapu again!]

Khamis, Oktober 15, 2009

terakhir?

salam.

Malam ini seperti malam biasa. Segala-galanya seperti biasa. Tapi ada satu yang luar biasa. Hati saya. Saya tak tahu ini adalah apa. Tapi ianya menakutkan saya. Sungguh! Saya mula mencapai pena, mahu melakar rasa. Hati ini masih tidak menentu. Ya Allah, ampuni hamba-Mu yang hina dina ini.

"Aku bukanlah syadid untuk keras dalam segala hal. Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Tapi aku sekadar insan biasa. Aku lemah, aku serba kekurangan. Sungguh, dalam segala-gala hal, emosi lebih kuturutkan berbanding akal. Perasaan aku halus.

Aku tak mahu bicara panjang kali ini, tapi cukuplah sekadar aku katakan, usahlah mengirim pesan lagi. Cukuplah. Aku tak mahu menjadi fitnah dalam apa jua keadaan pun. Aku takut, jika kamu yang selalu mengirim pesanan itu, maka, hatiku terbuai riang, dan alpa mengingati-Nya. Aku sedar, aku bukanlah yang terbaik. Tapi, mengertilah, setiap bicara yang kamu lontarkan dalam pesanan itu, buat aku yang lemah ini sentiasa dibuai angan. Oh! Lihatlah, betapa lemahnya aku. Sekuat daya aku cuba untuk tidak membalas. Membuang sahaja pesananmu. Tapi, apakan daya. Kamu adalah sahabat! Atas dasar sahabat, aku terus melayani kamu. Walaupun aku sedar, aku sedang melakukan yang tidak syari`e. Berbicara dan adakala bergurau senda tanpa keperluan! Tanpa jalan dakwah dan ilmu! Oh, tersasarkah aku?

Aku tak mahu hatiku dibuai oleh keasyikan kerana kamu. Dan juga, aku sangat takut andai diriku menjadi fitnah dihati kamu. Kamu memang sahabat yang baik! Tapi cukuplah sekadar teman yang biasa. Yang sekadar berkongsi ilmu, dakwah dan amal. Itu adalah sebaik-baiknya.

Aku mohon maaf atas kesilapanku. Aku sedar, aku terlalu meluahkan kepada kamu. Maafkan aku. Entah kenapa? Kamu selalu hadir ketika aku dilanda masalah. Dan pada masa itu, hati dan emosi bercampur. Lalu kamu menegakkan aku, dengan kata-kata positifmu. Aku bukanlah sahabat yang kejam. Yang hanya bersamamu ketika dalam kesusahan. Aku juga, bukanlah berkawan atas dasar kepentingan semata-semata. Aku mahu bersahabat hanyalah kerana-Nya. Namun, jika asas persahabatan ini mengundang kemurkaan-Nya? Aku lebih takut pada kemurkaan-Nya, daripada kehilanganmu wahai sahabat. Aku harap perpisahan ini semata-mata kerana-Nya!"

Kawan saya kata, berkawan dengan lelaki boleh timbulkan fitnah, (sama ada fitnah hati dll)
Dan saya mula terfikir. "Susah juga tak kawan ngan dorang, nak mintak tolong apepon susah!"
Tapi kalau berkawan, biarlah berpada-pada. Jagalah ikhtilat. Dan elak mesej/email/chatting yang tidak syar`ie ya! Plus. Tiada masalah hati dan fitnah, kalau jaga dua perkara nih betul2. InsyaAllah.


*Entri ni ditulis kesan daripada kritikan membina daripada sahabat.
"mungkin anti kat alam nyata jaga ikhtilat, tapi kat alam maya tak jaga. dah salah konsep dah tu.anti tau apa maksud ikhtilat yang sebenar-benarnya? dimana-mana pun kena jaga! jangan layan kalau takdek urusan penting!"
Erk! Mula menangis. Dan terfikir. Oh alpanya aku selama nih. Terima kasih, sahabat2.*


*****************************************

Bila bicara soal pilihan.
"kenapa tak pegi mesir? kakak, abg ngan adik awk pegi."
sbb saya mmg rasa tak kuat untuk pegi. kakak, abg n adik sy kuat, sbb tu mrk pegi. :)
"kenapa tak amik modul falsafah? geng2 awk sume amik modul tu."
sbb sy bukan dorang! dan sy mencintai modul akidah dan kerohanian!

Dari pilihan timbul persoalan. Kenapa dan kenapa?

"knp x suka yg ni?"
tak perlah. terima kasih!
"kenapa?"
sbb sy dah ada pilihan sy tersendiri!
"maksudnya. awk dah adelah?"
tak. takdek. tapi sy mmg dah ade pilihan sendiri. pilihan sy x semestinya dah ada dgn sy skrg. tapi ia akan datang pd sy bila tiba masanya dan bila tiba yg sy mahu!
"pelik"
kalau itu yg awk fikirkan. mmglah pelik. cuba fikir x pelik. jd x pelik lah.
"aneh! haha"
kalau mcm tu sy bole kata awk pemikiran yg sempit!
"eh kenapa pulak?"
sbb tu adalah apa yg sy fikirkan!
"....ok,,awk menang!"
yes! haha. bukan nak menanglah. just to share!


*********************************************
arigato gozaimas! my family to concern my healty. my lecturer too. Prof Sunawari! Hehe.
"mana budak yg sakit hidung tu?"
motif?? sbb sy tampal koyok kat hidung! ahaha.
my friends. my senior. abg wan! kak liyana! toche2.
terima kasih pd kawan2. slmt maju jaya utk exam final!
and to someone that i miss her. im not good enough 4 u. and can`t be da perfect, sorry. kenangan masa mmp, sem 1, sem 2, dan sem nih (mungkin yg t`akhir bsama awk) akan sentiasa bsama selamanya dlm ingatan nih...satu hari nanti, sy harap awk sedar, sy adalah yg kwn tbaik utk awk! ahaks!sem nih. biarlah awk bahagia bsama mrk. hehe.

Sabtu, Oktober 10, 2009

ups. last updated!

salam.

10 perkara berlaku dalam syawal dan oktober ini. nice.

1. Alhamdulillah, menyambut hari kemenangan bersama keluarga tersayang. cukup 7 beradik bersama ma dan abah yang sentiasa disisi.


Seronok sangat satu keluarga berhimpun. Rindu juga pada Ramadhan. Rasa-rasanya jumpa lagi ke tidak pada Ramadhan tahun depan ye?

2. Dapat anak saudara yang sangat comel seperti Mak Lang nya, yang diberikan nama, Wafa` bin Mohd Azmi.


Risau keadaan Wafa` dan uminya yang tak menentu. Hope will going better yeah!


3. Operasi Khidmat Masyarakat di Melaka. Dapat keluarga angkat yang sangat baek!



"kesian anak mak..kena buat kerja penat2"

"hehe. dah keje urus setia mcm nih, mak. (sambil wat senyum siput)

4. Kali pertama makan kepah satu pinggan di Melaka! Thanks nenek. Juga Khairul *anak nenek*


"kak comel..nama akak sape?"

"....." *terus berlalu dengan tersiput-siput.

sebelum tu, ucap terima kasih sgt2. sbb tolong akak siang ayam yer. ahaha. sori curi selipar! =p

5. Galak main kat tepi pantai, sampai lupe kerja yang perlu dibuat!


6. Minggu Usuluddin dan Falsafah berjalan lancar, alhamdulillah.


very special thanks to my family. thanks sgt2 sbb doakan akak kuat!
my lecturer too! especially department of theology and philosophy, ukm. arigato gozaimas! to abg wan, faisal, kak aza. juga pada exco2 pelaksana minggu usuluddin dan falsafah. tak lupe pada kawan2 tahun 2 yg byk bagi semangat dan dorongan juga pertolongan. *too many names to say*



7. Seminar Antarabangsa (International Seminar Of Islamic Thought) di UKM. Me as commitee. huhu


"hey..salam aleikum. i would like to meet with your lecturer" "...er.erm.." wahaha. broken english. mujur ustaz tu faham. n_n. must be improved nih! huhu.



8. Demam minggu usuluddin dan demam adik and abang bucuk nak balik. :(. crying and crying again!


"....." nanges tanpa kata.
"....." peluk tanpa kata.
air mata dan doa mengiringi perjalanan beliau kembali ke bumi kinanah dengan selamat.


9. Dapat mesej (berita baek) dari sepupu.


"salam. daus kawen bulan 11 nih. 23hb kat umah dayah. lepastu esoknye dirumah kami. kad menyusul nanti. datang tau."
"of course lorh! tumpang suka juga..:")"
*sambil cakap dalam ati. bile pulak turn aku?=p. kebtulan, daus(sebaya)*


10. whoaa..exam around da corner. and me still active open the social network. haih! apa nak jadi nih?


first of all..maaf jika kesilapan itu menyinggung hati semua pihak.
...terima kasih kepada yang semua memberikan sokongan, dorongan dan semangat,
...juga yang memberi kutukan dan cemuhan. thanks sgt2. dapat pahala free saya! :D
...hanya Allah saja yang akan membalas segala-galanya, baik ataupun buruk.
...doakan saya dan kawan2 lain dalam exam final hujung bulan nih! 2 minggu lagi! AllahuRabb~


11. *bonus* saya dan encik khalid muhami abd karim dah berbaik. hak3. maaf tak balas mesej ari tu yer. apapun, awk still kawan sy yg baek jugak! special thanks to asmaq juge~.

Isnin, Oktober 05, 2009

He knows the best!

salam.

Lemah. Longlai. Penat. Letih. Segalanya ada. Dalam kepahitan ini, memang sukar amat untuk teruskan hidup yang entah bilakan, bakal berpenghujung. sementara menanti detik itu, diri adakalanya lemah dalam menghadapi segala cubaan hidup. Putus asa bagaikan sentiasa menarik-narik diri untuk tidak lagi berusaha. Terkadang, terfikir diri ini, bolehkah saya mendatangi kehidupan ini pada masa akan datang? Dengan usaha yang sedikit dan pengorbanan yang secebis cuma, mampukah saya mendepani segala-galanya? Dengan berbagai situasi dan mehnah yang berliku?

Tadi saya pegi meeting untuk gerak kerja minggu usuluddin dan falsafah yang sedang berlangsung ini. Entah kenapa, saya rasakan betapa beratnya beban yang terpikul dipundak. assigment yang masih belum di edit, pembentangan, muraja`ah peperiksaan akhir yang masih tercungap-cungap, komitmen pada tugasan yang di amanahkan, masalah LAI yang disangka settle, rupanya bertambah masalah dan tekanan, bersimpang siur dalam fikiran. Saya benar rasa takut dengan keadaan ini!

dan dalam perjalanan balik ke kolej kediaman dari fakulti. I AM SO TIRED OF BEING HERE LORH! NEED SOMEONE TO TALK ABOUT~Allah, lemahnya daku dalam menghadapi dugaan ini. really need someonenangih

saya online. merapu memang dah jadi sebahagian hobi kalau jiwa tengah kacau. kebetulan kawan saya buzz on. terima kasih sgt2 buat saya tergelak sorang2. really appreciate that time lorh! huhu.

salah sorang kenalan saya di ym list online. satu-satunya kenalan yang tak berkenalan lagi. saya berkeputusan menegurnya. and guess what? dialah orang yang paling tepat dalam menangani soal hati dan rasa ini..thanks ukhti. barakallahufik! i did`nt say any probs to her. but she seems knows what in my mind. thanks!

"iklil_almas (10/6/2009 00:27:44): watever u do..jz put ur trust in Allah..when u hve a trouble or u faced an obstacles..go n see Him..talk wif Him..share wif Him..He'll never leave u..people outhere will leeve u but HE? no..remmber tht k..

iklil_almas (10/6/2009 00:27:59): He still love u n alwys love u..

iklil_almas (10/6/2009 00:28:39): once u love him n u close wif Him..he will much, more close wif u..

iklil_almas (10/6/2009 00:28:52): ihfazillah yahfazuka..

iklil_almas (10/6/2009 00:28:39): once u love him n u close wif Him..he will much, more close wif u..

iklil_almas (10/6/2009 00:28:52): ihfazillah yahfazuka..

iklil_almas (10/6/2009 00:37:16): sunnah org berjuang..

iklil_almas (10/6/2009 00:37:30): la tahzan wa la takhaf..innallaha ma'aki..

iklil_almas (10/6/2009 00:38:03): adk org2 terpilih..menjadi pilihan Allah utk ada rasa sensitif tntg Islam di akhir zaman ni..

iklil_almas (10/6/2009 00:38:25): org lain?tak semua yg dapat..

iklil_almas (10/6/2009 00:38:42): adik patut bersyukur..

iklil_almas (10/6/2009 00:38:52): kitalah golongan Ghuraba'..

iklil_almas (10/6/2009 00:38:52): golongan yg asing di akhir zaman..

iklil_almas (10/6/2009 00:41:09): seperti mana asingnya Islam sekarang ini..

iklil_almas (10/6/2009 00:43:17): kenapa kita yg di uji..? merasai pahit dan pedihnya melaksanakan perintah ini?

iklil_almas (10/6/2009 00:43:27): kerana inilah jalan ke syurga..

iklil_almas (10/6/2009 00:43:43): jalan ke syurga semuanya pahit wahai ukhtiku syg..

iklil_almas (10/6/2009 00:43:55): jalan ke neraka semuanya manis di dunia ini..

iklil_almas (10/6/2009 00:44:06): terserah kita nk pilih yg mne..

iklil_almas (10/6/2009 00:44:24): dunia ni sandiwara Allah syg..

iklil_almas (10/6/2009 00:44:27): gurauan Allah..

iklil_almas (10/6/2009 00:44:38): apalah sgt yg kita terima..

iklil_almas (10/6/2009 00:44:53): jika dibanding dgn Nabi Muhammad saw..

iklil_almas (10/6/2009 00:45:01): tapi kita perlu terus berdoa..

iklil_almas (10/6/2009 00:45:15): berdoa sungguh2..

iklil_almas (10/6/2009 00:45:15): mohon pada Allah..

iklil_almas (10/6/2009 00:45:28): agar istiqamahkan kita dlm jln dakwah ini..

Najihah Faizah (10/6/2009 00:45:39): insyaAllah.

iklil_almas (10/6/2009 00:46:07): dan beri kita kekuatan menempuh mehnah dn tribulasi seperti mana nabi, para shbt terdahulu..

iklil_almas (10/6/2009 00:46:12): wallahua'lam..

iklil_almas (10/6/2009 00:46:25): dn ingatlah..

iklil_almas (10/6/2009 00:47:04): Islam akan kembali tertegak..janji Allah pasti berlaku..

iklil_almas (10/6/2009 00:47:06): moga

iklil_almas (10/6/2009 00:47:48): kita sentiasa menjadi pilihan Allah utk teruskan dakwah ini..

iklil_almas (10/6/2009 00:47:50): kenyit

iklil_almas (10/6/2009 00:48:00): ibtisami ya ukhtil kareemah.."

AllahuAkram, perkataannya, buat saya benar-benar lega! Hati yang tadi dihimpit duka dan sedikit sebanyak tekanan yang menekan, buat saya rasa segalanya terbang. Dan saya mula menilai diri. Astaghfirullah, ikhtilat saya tak jaga. Belum lagi perkara lain-lain. Benarlah, Allah menghidangkan segala ujian untuk menebus dosa-dosa yang telah dilakukan.

Dalam pada banyak masalah, adakalanya, saya curahkan pada teman bukan spesies. Bagi saya, mereka lebih memahami. Ya, mungkin mereka lebih memahami, dalam apapun jua, ikhtilat saya mesti jaga, mesej yang tak syari`ie mesti ditapis, apatah lagi chatting yang mendatangkan fitnah di dalam hati. Oh saya bukanlah manusia sempurna. Ampunkan saya, Ya Allah! Saya telah lakukan sesuatu yang kecil kelihatannya, tapi mungkin besar di pandangan-Mu! Rasa tertampar juga dengan ingatan ringkas sahabat yang menasihati diri ini.

Muhammad Taufiq (10/6/2009 02:13:43): surah annur: ayat 24

"24. on the Day when their tongues, their hands, and their legs or feet will bear witness against them as to what they used to do."

Ampuni daku, ya Tuhan! Daku tersilap dalam memilih teman! Oh kematian bakal menghampiri~bersedia atau tidak berhadapan segalanya?

"iklil_almas (10/6/2009 00:51:34): he know's which is da best 4 us..HE IS THE BEST PLANNER..he gives what u need not what u want..remember that ya.."

Ya Allah. Betapa Dia tahu apa yang terbaik untuk saya! Saya rasa lebih tenang dalam menghadapi cabaran dan dugaan-Nya! Dia ada untuk saya! :) Always!



When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When you're carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows, Allah knows.
And whatever lies in the heavens and the Earth
Every star in this whole universe
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you gaze with love in your eyes
Catch your glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows, Allah knows.

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs never fret never frown
Allah knows, Allah knows.

Every grain of sands in every desert plants
He knows
Every sheet of palm, every closed hand
He knows
Every sparkling tear on every eye lash
He knows
Every thought I had and every word I share
He knows
Allah knows...

ops! last update. lepas nih najihah quite going busy, with assigment, dan mcm2 program2 lagi! Rabbuna Yusahhil~

1.10.2009-4.10.2009 ~ OPKIM
5.10.2009-9.10.2009 ~ Minggu Usuluddin Dan Falsafah
6.10.2009-7.10.2009 ~ ISO It
9.10.2009~ Jamuan Raya Jabatan Usuluddin Dan Falsafah
9.10.2009 ~ Adik kesayangan pulang ke Mesir
10.10.2009 ~ Abang tersayang pulang ke Indonesia
11.10.2009 ~ kelas comprative religion. kena bentang lol!
13.10.2009 ~ tasmi` Al-Quran
14.10.2009 ~ appointment with beloved doctor!


sibuklah sangat. wat2 sibuk sebenarnye. walau x sibuk terpaksa menyibukkan diri yang tak berapa nak sibuk nih!

credit to :
http://perinducintaillahi.blogspot.com/
http://myfirstfullhouse.blogspot.com/
http://pemikirmuslim.blogspot.com/

.::Ukhuwah Itu Indah::.